Kenali Kuntum

TENTANG KAMI

Kuntum adalah sebuah majalah pendidikan kanak-kanak yang diterbitkan dalam dwibahasa, sesuai sebagai bahan bacaan untuk pelajar sekolah rendah. Majalah ini pertama kali dilancarkan pada bulan Februari 1980 dengan tujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak Malaysia dalam pelbagai bidang, serta ia juga untuk menggalakkan minat membaca.

Kuntum diterbitkan oleh syarikat penerbitan terkemuka, Star Media Group Berhad. Kewujudan portal Kuntum ini diharapkan membantu anda semua untuk mengakses maklumat-maklumat dengan lebih mudah selain untuk mengikuti perkembangan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Kuntum dari semasa ke semasa. 

SIDANG REDAKSI

EDITOR: Norlia Jaafar

WARTAWAN: Siti Aishah Shah Bani, Nor Zubidah Mustafa, Nurul Amira Remli (Praktikal)

ARTIS: Rizalman Misran, Al-Zafran Hasan